About us


PEYATIM merupakan sebuah badan kebajikan yang ditubuhkan pada 10 September 1989. PEYATIM bertindak sebagai badan penyelaras kepada 50 Pertubuhan-Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dalam memberikan pendidikan kepada seramai lebih kurang 4000 anak yatim dan miskin. Segala urusan PEYATIM dijalankan di Ibu Pejabatnya di WISMA PEYATIM, sebuah bangunan tiga tingkat hak milik penuh PEYATIM yang mana di sumbangkan oleh Pesama Timber Sdn. Bhd. Pejabat ini telah beroperasi sejak awal 1996 dan pengurusan dijalankan oleh PEYATIM Holdings Sdn. Bhd