Waqaf Pendidikan


Waqaf Tapak Kolej Teknologi Bestari di Lot. No. 3214, Mukim Tasik Setiu, Terengganu. Pewakafan tanah tapak Kolej Teknologi Bestari telah diluluskan oleh Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) pada 13 Julai 2009. Majlis Pelancaran Skim Waqaf Tanah Lot 3214 Mukim Tasik, Setiu, Terengganu yang diadakan di Taman Tamadun Islam (TTI) Kuala Terengganu, telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 4 Disember 2010. Kampus University College Bestari (UCB), Kolej Teknologi Bestari (KTB) dan Institut Kemahiran Bestari (IKB) yang bernilai RM 30 juta didirikan pada tanah waqaf tersebut seluas 320 ekar. Tanah dijual supaya diwaqafkan oleh pembeli dengan harga  RM30.00 untuk 0.1 meter persegi dan dikecualikan daripada cukai pendapatan oleh LHDN (Rujukan: LHDN 01/35/42/51/179-6.3872). Kampus UCB, KTB dan IKB perlu diperbesarkan untuk memberi peluang kepada lebih ramai anak yatim atau miskin di Malaysia untuk mengikuti pengajian. Kampus sedia ada juga perlu dinaiktaraf untuk memberikan kemudahan pendidikan yang terbaik untuk pelajar.

Waqaf Pendidikan Anak Yatim atau Miskin Malaysia ini adalah merupakan satu pelan tindakan untuk membela nasib dan menjamin masa depan anak yatim atau miskin melalui program pembangunan pendidikan yang terancang, komprehensif dan berterusan dari peringkat sekolah hingga berjaya di IPT agar mampu berdikari, menjadi warga yang patriotik dan berbakti kepada bangsa, agama dan tanah air serta berjaya di dunia dan sejahtera di akhirat.
#Update Berwakaflah untuk ganjaran pahala yang dijanjikan Allah s.w.t.

Admin Peyatim

Created May 15, 2018 Malaysia

294 days left

RM 2,070 of RM100,000 goal

2% Raised by 21 Donations Waqaf